Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 09 November 2021 15:24

PENDAFTARAN PELAJAR SEMESTER SATU SESI 2/2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

8 November 2021 (Isnin), Kuala Kubu Bharu, Selangor, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima kemasukan pelajar semester satu sesi 2/2021 iaitu seramai 91 orang daripada 94 orang pelajar yang masih kekal untuk meneruskan pengajian.

 

Pelajar yang terlibat adalah dari jurusan Diploma Teknologi Fesyen (DTF), Jahitan Pakaian Wanita (JPW), Jahitan Pakaian Lelaki (JPL), Penyediaan Roti (Roti) dan Penyajian Makanan (Penyajian) telah selamat melapor diri secara kaedah pandu lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

 

Seramai 23 orang pegawai melibatkan pelbagai bahagian dan jabatan turut serta membantu bagi kelancaran proses pendaftaran ini. Penglibatan pelajar seramai 40 orang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sekretariat Rakan Muda (SRM) turut membantu bagi melancarkan proses pendaftaran.

 

Proses pendaftaran kali ini agak mencabar kerana pandamic covid-19 masih mencatatkan kes turun naik diseluruh negara. Walaubagaimanapun pihak IKBN Peretak telah bersiap sedia dengan pelaksanaan SOP yang baik dalam mengekang wabak ini menular di dalam Institut.

 

Para pelajar akan dikuarantin selama 14 hari bagi pemantauan dan mengelakan jangkitan kepada pelajar lain.

 

Disediakan oleh : En Shahdan bin Zainal,

Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, IKBN Peretak.

Read 2129 times