Perarakan yang diketuai oleh Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri binti Md Shariff dengan diiringi Selawat ke atas nabi dan dihiasi dengan sepanduk yang direka oleh pelajar-pelajar mengikut jurusan.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul berlangsung dengan meriahnya telah disertai seramai 50 orang pegawai dan 230 orang pelajar IKBN Peretak. Bagi menyemarakkan lagi sambutan, majlis diserikan lagi dengan bacaan Yassin dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hassan Adli Bin Yahaya@Yahuza atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan, Juara Imam Muda Musim ke-2 Astro Oasis.
Pelancaran Tabung Covid-19 juga turut diadakan di dalam majlis ini. Kutipan yang dikumpul akan disumbangkan kepada keluarga pelajar-pelajar yang terjejas akibat pendemik Covid-19 yang melanda dunia.
Kemuncak sambutan adalah penyampaian hadiah bagi Pertandingan Sepanduk serta Perbarisan terbaik kepada kontijen perarakan. Selain itu, Saudari Wan Nur Amilia Binti Wan Mohamed Redza dari Jurusan Penyediaan Roti semester 2 telah menerima anugerah khas “Hubbul Quran” atas usaha beliau dalam mempelajari dan mendalami Al-Quran. Beliau telah menerima sijil penghargaan beserta senaskah al-Quran.
Selain daripada memperingati bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW dan jasa serta perjuangan Baginda SAW dalam memperjuangkan Agama Allah (Islam), penganjuran ini juga sebagai salah satu medium untuk mengeratkan silaturrahim antara pegawai dan pelajar IKBN Peretak.
Disediakan oleh : Pn. Nur Salmah binti Hanafe
Disunting oleh: En. Shahdan bin Zainal