Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 01 December 2021 10:43

LATIHAN PERSEDIAAN WORLDSKILLS COMPETITION (WSC) BIDANG COOKING

Written by
Rate this item
(0 votes)

 10 November 2021 (Selasa), Kuala Kubu Bharu, Selangor, Jurusan Penyediaan Makanan, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah mengadakan latihan intensif bagi persediaan Pertandingan WSC Bidang Cooking pada 9 - 10 November 2021 dengan menjemput chef yang berpengalaman iaitu Chef Mu'az bin Japar dari Serai Group sebagai jurulatih jemputan untuk memberi tunjuk ajar dan petua pertandingan kepada peserta.

 

Peserta pertandingan yang terlibat adalah Nur Afiqah Aireen binti Pairin pelajar semester 3 jurusan Penyediaan Makanan. Sepanjang 2 hari latihan bersama Chef Muaz, selain dapat mempelajari ilmu dan petua pertandingan, peserta juga dapat mempelajari teknik masakan yang terkini dalam hidangan Soup, Main Course dan Dessert.

 

Semoga dengan adanya latihan tambahan daripada jurulatih jemputan ini dapat meningkatkan lagi kemahiran, persediaan dan peluang peserta dalam menghadapi pertandingan WSC nanti.

 

Read 1019 times