Seramai 2 orang peserta pertandingan yang terlibat adalah Muhammad Alif Najmi Bin Nazaruddin dan Siti Shaemma Alianie Binti Saibon pelajar semester 2 jurusan Penyediaan Roti.
Latihan bersama Chef Hafizudin berlangsung selama 2 hari membolehkan peserta mempelajari ilmu dan tips pertandingan. Peserta juga dapat mempelajari teknik-teknik terkini braiding, laminating, scoring serta pelbagai jenis identical & classic bread.
Semoga dengan adanya latihan tambahan daripada jurulatih jemputan ini dapat meningkatkan lagi kemahiran, persediaan dan peluang peserta dalam menghadapi pertandingan WSC nanti.