Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 01 December 2021 10:48

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) DI ANTARA INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) PERETAK DAN DCCU – HASHIMMYDEEN EMPIRE SDN BHD DAN MAJLIS DIALOG BERSAMA INDUSTRI  

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

11 November 2021 (Khamis) – Dataran Ukhuwah, DCCU, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama DCCU – Hashimmydeen Empire Sdn Bhd bagi menjalinkan persefahaman mengenai jalinan kerjasama strategik antara kedua belah pihak. Antara perkara yang dipersetujui bersama adalah penempatan pelatih-pelatih latihan industri bagi bidang hospitaliti, mencipta peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran pelajar, bekerjasama dalam meningkatkan kemahiran dan peluang latihan dalam bidang hospitaliti dan lain-lain program bagi kebaikan bersama.

 

MoU ditandatangani oleh Pn Normahsyuri binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak dan Pengarah Eksekutif DCCU – Hashimmydeen Empire Sdn Bhd iaitu Tn Hj Mohd Hashim bin Mydeen. Majlis turut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak, En Azwandy bin Anuwar dan Ketua Pegawai Operasi DCCU, En Wan Abdul Halim bin Wan Kadir.

 

Majlis Dialog turut berlangsung diantara kedua belah pihak selepas Majlis menandatangani MoU berlangsung. Antara intipati perbincangan dalam sesi dialog tersebut adalah berkongsi dan bertukar idea serta perkongsian ilmu dan teknologi oleh pihak DCCU bersama pihak Institut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga perbincangan bersama mengenai perancangan pelaksanaan program yang akan dijalankan bersama bagi tahun 2022 dan tahun-tahun seterusnya.

 

Disediakan oleh : Cawangan Hubungan Industri, CHI IKBN Peretak

Read 1153 times