Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 01 December 2021 10:51

BENGKEL PENULISAN LAPORAN PROJEK AKHIR DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

Written by
Rate this item
(1 Vote)

IKBN Peretak, 12 November 2021 (Jumaat) - Jabatan Teknologi Tekstil telah menganjurkan Bengkel Penulisan Laporan Projek Akhir bermula 08 November 2021 sehingga 12 November 2021.  Seramai lima (05) orang Penyelia Projek Akhir dan 10 orang pelajar Diploma Kemahiran Malaysia – Rekaan Fesyen telah terpilih untuk menghadiri bengkel tersebut.  Pihak Jabatan telah menjemput En. Moin bin Hussien daripada Automotive Resources Technology yang merupakan seorang pakar industri yang berpengalaman luas dalam Penulisan Laporan Projek Akhir Diploma Kemahiran Malaysia sebagai penceramah.

Bengkel dimulakan dengan taklimat Perlaksanaan Projek Akhir, Penulisan Kertas Cadangan dan seterusnya Penulisan Laporan Projek Akhir bermula dari Bab 1 Pendahuluan sehingga Bab 5 Kesimpulan dan Cadangan. Setiap peserta di kehendaki menyiapkan Laporan Projek Akhir masing-masing dan dibentangkan untuk semakan dan penambahbaikan oleh penceramah.  Penganjuran bengkel tersebut diharap dapat membantu penyelia dan pelajar-pelajar dalam penyediaan Laporan Projek Akhir di masa akan datang.

Read 1224 times