Peserta diperkenalkan dengan jenis-jenis peralatan yang digunakan untuk menyediakan fondant dan mempelajari teknik-teknik asas bagaimana membuat fondant dan seterusnya teknik untuk coating pada permukaan kek. Peserta juga diajar membuat marzipan, gum paste yang digunakan untuk menyediakan bunga Rose, bunga Lily serta daun.
Semoga kursus ini dapat memberi pengetahuan yang berguna kepada peserta-peserta tersebut dan boleh digunakan sebagai pemangkin untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan kek kelak.