Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 01 December 2021 11:24

TAHNIAH KEPADA PEMENANG ANUGERAH THE 10TH INTERNATIONAL INNOVATION, INVENTION AND DESIGN COMPETITION INDES2021 (VIRTUAL) 

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

14 November 2021 - Berlangsungnya Majlis Penutupan Pengumuman Keputusan Dan Pemenang Anugerah The 10th International Innovation, Invention And Design Competition INDES2021 (Virtual) Anjuran Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak.

Pertandingan ini telah berlangsung bermula dari 1 Jun 2021 sehingga 25 November 2021. Seramai 150 penyertaan telah terlibat dengan melibatkan pelbagai buah negara yang menyertai seperti Malaysia, Indonesia dan ramai lagi. Majlis ini diserikan lagi dengan ucapan penutupan oleh Professor Dr. Sr. Yusuf, selaku Rektor Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak.

Puan Norfarizan binti Jawahir daripada Jabatan Tekstil telah memasuki dua (2) iaitu Kategori 'Innovation' bagi Produk Beg Tangan Miracolo Dengan Fungsi 3 Dalam 1 telah berjaya merangkul Pingat Emas, Medal dan Sijil Penyertaan.

Bagi Kategori 'Design' pula, Puan Norfarizan binti Jawahir mempertandingkan produk 17th Century iaitu rekaan yang dihasilkan menggunapakai bahan-bahan kitar semula telah berjaya mendapat Pingat Perak, Medal dan Sijil Penyertaan. Semoga dengan penglibatan ini dapat memberikan pendedahan kepada para pengajar dan pelajar untuk menghasilkan rekaan-rekaan yang kreatif dan berinovasi seterusnya dapat memupuk minat lebih ramai pengajar serta pelajar untuk menyertai pertandingan seumpama ini pada masa akan datang.

 

Disediakan oleh :

Puan Norfarizan Binti Jawahir

Read 1116 times