Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 01 December 2021 11:30

KURSUS ATAS TALIAN “SIMPLE QUESTION TYPES WITH QUIZIZZ”

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN Peretak – 18 November 2021 (Khamis) – Kursus Atas Talian “SIMPLE QUESTION TYPES WITH QUIZIZZ” telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Umum (JPU) menggunakan platform Google Meet. Kursus ini melibatkan seramai 32 orang tenaga pengajar ILKBS di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Sesi perkongsian ilmu aplikasi ini telah dibimbing oleh Puan Rohaya Binti Mamat, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG44.

 

Matlamat utama pelaksanaan kursus ini adalah untuk memperkenalkan aplikasi pembelajaran secara atas talian kepada semua tenaga pengajar di ILKBS untuk diterapkan dalam proses pengajaran seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Aplikasi ini sangat membantu pengajar untuk menghasilkan aktiviti yang kreatif, pantas dan efisien untuk menarik minat pelajar dalam subjek yang diajari.

 

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari serta dapat berkongsi bersama-sama tenaga pengajar yang lain. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menghadiri kursus ini.

Read 1262 times