Urusetia program telah menjemput Jabatan Multimedia, Institut kemahiran Sukan (IKSN) Kuala Langat sebagai penceramah dan fasilitator bagi kursus yang telah berlangsung selama 2 hari ini.
Objektif kursus ini dilaksanakan adalah sebagai persediaan pegawai IKBN Peretak sebagai ahli jawatankuasa Peretak TV dan wakil jabatan dalam mendapatkan kemahiran menguasai bidang penghasilan, penyuntingan dan penyebaran audio dan video digital khususnya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di jabatan masing-masing.
Semasa penilaian kursus dilaksanakan, kesemua peserta mencadangkan agar kursus ini dilanjutkan kepada kursus advance pada masa akan datang memandangkan ilmu media baru digital ini sangat berguna dan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara maya dengan lebih efektif dan efisyen.
Disediakan oleh :
Penolong Penyelaras Jawatankuasa Peretak TV
IKBN Peretak.