Pertandingan WSC bagi Bidang Hairdressing akan berlangsung pada 26-28 November 2021 yang bertempat di Giat Mara Prima Tasik Gelugor Pulau Pinang. Seramai 3 orang peserta pertandingan yang terlibat iaitu Muhammad Arif bin Jamaludin, Previnna a/p Mohan dan Shanta Priya a/p Muthayah pelajar semester 2 jurusan Perekaan Gaya Rambut
Latihan bersama jurulatih, Pn Janefer Farida ini membolehkan peserta mempelajari ilmu dan tips pertandingan. Peserta juga dapat mempelajari teknik-teknik terkini hair cutting, hair colouring, hair perming dan hair styling.
Semoga dengan adanya latihan intensif daripada jurulatih dapat meningkatkan lagi kemahiran, persediaan dan peluang peserta dalam menghadapi pertandingan WSC nanti.