Pelepasan Kontinjen World Skill Competition (WSC) 2022 dan penyampaian amanat oleh Puan Normahsyuri binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak kepada kontinjen Ujian Kelayakan Amali Calon World Skills Competition (Wsc) 2022 telah turut dihadiri oleh Puan Siti Muhariah Untong, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan Encik Azwandy Anuwar, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar serta Ketua-ketua Jabatan. Seramai 23 orang peserta bakal mewakili Institut yang terdiri daripada seramai 9 orang peserta Ujian Amali Kelayakan Calon WSC 2022, 6 orang pelajar merupakan model dan pembantu/runner serta 8 orang pegawai/ tenaga pengajar selaku jurulatih dan pegawai pengiring ke pusat ujian kelayakan amali yang akan diadakan di berapa di pusat / institusi pertandingan diseluruh Negara seperti Taylor’s Universiti Subang Jaya, Giat Mara Bukit Gelugor dan UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang bermula pada 26 November hingga 02 Disember 2021.
Semoga hasil suntikan amanat dan kata-kata perangsang dan penyerahan Baju-T WSC 2022-Road To Shanghai oleh Puan Pengarah IKBN Peretak kepada semua peserta. Semoga ini akan memberikan satu motivasi dan sinar kemenangan kepada Institut dan khasnya kepada Kementerian KBS yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap penyertaan pelajar ke pertandingan World Skills Competition baik di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.
Teks dan gambar disediakan oleh: Zarol Amin bin Zali
Disunting oleh: Samsu bin Kadir
Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK)
IKBN Peretak