Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 01 December 2021 11:48

KURSUS ASAS PEMBANGUNAN SISTEM FERTIGASI

Written by
Rate this item
(0 votes)

19 November 2021 (Jumaat) - Kursus Asas Pembangunan Sistem Fertigasi anjuran Jabatan Pertanian Daerah Hulu Selangor bertempat di Akademi BOMBA Kuala Kubu Bharu.

Pihak IKBN Peretak melalui Jawatankuasa Pelaksana Pertanian Bandar Institut telah menghantar 3 wakil untuk mempelajari selok belok dan asas sistem fertigasi.

 

Secara amnya sistem fertigasi ialah satu sistem penanaman tanaman khasnya sayuran yang dapat meningkatkan hasil pengeluaran jauh lebih banyak daripada cara konvensional pertanian. Akademi BOMBA sebagai contoh, pada musim yang lepas telah mengusahakan tanaman cili sebanyak 400 polibag dan telah menuai hasil ½ tan metrik. Menurut penceramah yang mengendalikan kursus ini, itu adalah pencapaian yang boleh dibanggakan jika diukur kepada keberkesanan dan pulangan hasil.

 

Semoga dengan pengetahuan yang diperolehi daripada kursus ini dapat membantu IKBN Peretak memulakan projek fertigasinya melalui Program Pertanian Bandar di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Daerah Hulu Selangor dan seterusnya berjaya mendapat hasil yang baik, Insha Allah.

Read 1639 times