Pada hari penutupan sukan antara jurusan telah berlangsungnya perlawanan di antara pasukan pegawai menentang pasukan johan kategori pelajar yang melibatkan 5 sukan yang dipertandingkan.
Objektif pertandingan ini adalah bagi mencungkil bakat dan mencari pemain terbaik bagi mewakili IKBN Peretak pada kejohanan di masa hadapan. Selain itu, mengasah bakat dan memberi pengalaman kepada pelajar dalam kejohanan sukan.
Semoga dengan pertandingan ini dapat mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kesukanan dikalangan pegawai dan pelajar yang terlibat.
Disediakan oleh:
Cik Nor Haizatul binti Sabidi
Disemak oleh:
En. Shahdan bin Zainal