6 Disember 2021 - Bertempat di Kompleks Kraf Tangan Kuala Lumpur seramai enam (6) pegawai yang di ketuai oleh Pengarah IKBN Peretak Puan Normahsyuri Binti Md Shariff bersama Pn Norfarizan Binti Jawahir, Puan Anith Mastura Binti Mashor, Encik Mohd Fairuz Bin A. Ghaffar, Cik Nur Inani Izzati Binti Mohd Shariff dan Cik Nor Shakila Binti Mohd Redzuan Jaya telah menghadiri Jemputan Ke Program Komuniti Kraf Keluarga Malaysia 2021 Anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menjayakan Program Komuniti Kraf Keluarga Malaysia (KKMM) 2021 bermula 1 hingga 6 Disember 2021. Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang KKKM 2021 berlangsung antaranya adalah seperti Jualan Produk Komuniti, Demonstrasi & Interaktif Kraf, Pameran MYCRAFTSHOPPE (MCS), PameranVirtual Hari Kraf Kebangsaan (VHKK), Pameran Rekaan, Jualan Makanan dan banyak lagi. Sehubungan dengan itu, diharap dengan adanya lawatan seumpama ini dapat memberikan pendedahan dan ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh pengajar untuk mencipta atau menghasilkan produk-produk kraf yang bersesuaian mengikut bidang kemahiran di jabatan masing-masing.
Disediakan oleh :
Norfarizan Binti Jawahir