Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 17 December 2021 17:19

SESI LIBAT URUS KAJIAN PELAKSANAAN PENDIGITALAN IR4.0 ILKBS BERSAMA PIHAK SIRIM

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

16 Disember 2021 (Khamis), IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu – Sesi libat urus Kajian Pelaksaanaan Pendigitalan Revolusi Industri Ke-4 (IR4.0) ILKBS bersama pihak SIRIM telah diadakan selama dua (2) hari bermula 15 dan 16 Disember 2021. Lawatan oleh tiga (3) orang juru perunding SIRIM yang diketuai oleh YM Raja Zurina Raja Mohamed Ali, Encik Mohd Suhaimi Abdul Wahab dan Encik Mathew Tan Chee Guan bertujuan untuk  mendapatkan maklumat di lapangan susulan  maklumbalas  pengisian Borang Kajian Pelaksanaan Pendigitalan IR4.0 oleh ILKBS di seluruh negara bermula pada 01 hingga 15 November 2021 yang lepas.

 

Sesi taklimat dan libat urus melibatkan temubual bersama Puan Normahsyuri Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak, Pengurusan tertinggi institut dan Ketua-ketua jabatan serta lawatan (walkabout) untuk melihat secara fizikal terhadap  infrastuktur dan fasiliti yang relevan berkaitan dengan  9 pillar IR4.0 serta ketersediaan (readiness) institut terhadap pelaksanaan pendigitalan IR4.0 khususnya pillar Internet of Things (IoT) dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajar (PdP) di ILKBS.

 

Segala input dan maklumat yang telah dikumpul bagi Fasa satu (1) kajian, sepanjang sesi libat urus dan lawatan di ILKBS ini kelak akan diterjemahkan dan dilaporkan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi fasa-fasa kajian oleh pihak SIRIM seterusnya.

 

Dilaporkan oleh;

 

Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti

IKBN Peretak.

Read 1560 times