Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 28 February 2022 13:31

MAJLIS BACAAN YASIN & CERAMAH ISRAK MIKRAJ

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

IKBN Peretak, 25 Februari 2022 (Jumaat) – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Peretak telah berjaya menganjurkan Program Sambutan Israk Mikraj peringkat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak bersempena sambutan Israk Mikraj yang bakal tiba pada 1 Mac 2022.

Program ini bermula pada jam 8.15 pagi dengan bacaan Yasin di bawah pimpinan Ustaz Shahrul Iman bin Hasuana dan seterusnya diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Aiman Sufyan Bin Aezman atau lebih dikenali sebagai Da’I Aiman.

Lima prinsip kebahagian dunia akhirat yang dikongsi oleh penceramah untuk warga IKBN Peretak terutamanya kepada para pelajar, supaya menjadi remaja yang luar biasa antaranya ialah redha dengan setiap ujian yang menimpa kerana ada rahmat disebaliknya, membersihkan hati dengan rasa syukur atas segala nikmat, kepentingan menjaga solat yang merupakan benteng ketahanan diri serta meletakkan keyakinan kepada janji Allah itu pasti dan Allah sentiasa melindungi hambaNya.

Semoga program ceramah keagamaan ini dapat memberi pedoman dan panduan terutama kepada generasi muda sebagai pewaris negara, memupuk semangat cintakan agama dan semangat perpaduan dalam kalangan warga IKBN Peretak.

 

Disediakan oleh:

Pn. Nur Salmah Binti Hanafe

 

Disemak oleh:

En. Shahdan bin Zainal

Read 1443 times