Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 14 March 2022 16:00

PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA PESERTA INKUBATOR IKBN PERETAK – BIDANG TEKSTIL TAHUN 2021/2022

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

2 Mac 2022 (Khamis) – Satu perjumpaan pengarah bersama peserta inkubator bidang tekstil telah dilaksanakan pada 2 Mac 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama IKBN Peretak.

Objektif utama perjumpaan ini adalah bagi membincangkan isu-isu, perancangan dan perjalanan program inkubator. Pihak pengurusan tertinggi memandang berat dengan perjalanan program ini dan mengharapkan kesemua peserta dapat menunjukkan komitmen yang tinggi selama 9 bulan program ini berlangsung.

Seramai 7 orang peserta di kalangan bekas pelajar jahitan pakaian wanita telah ditawarkan untuk menjalani program selama 9 bulan ini. Peserta telah menubuhkan syarikat dan telah menghasilkan produk baju mereka sendiri yang menggunakan jenama KADIGEON.

Dalam memberikan sokongan penuh, pihak institut menyediakan kemudahan bengkel dan tawaran penginapan kepada peserta inkubator bagi mengoptimumkan keupayaan peserta dalam menjayakan program ini.

Peserta ini juga telah ditawarkan untuk bersama-sama menyertai program MyBizzHub Makerspace IKBN Peretak setelah habis tempoh program ini.

 

Disediakan oleh: Cawangan Hubungan Industri, IKBN Peretak.

Read 1470 times