Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 14 March 2022 17:38

MINGGU PARADIGMA PELAJAR BARU SESI 1/2022 DAN SESI 2/2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

5 Mac 2022 (Sabtu) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah melaksanakan Minggu Paradigma Pelajar (MIPAR) bermula 28 Februari hingga 5 Mac 2022. Pelajar baru yang melapor diri adalah seramai 21 orang dari 2 jurusan Perekaan Gaya Rambut (PGR) dan Jahitan Pakaian Lelaki (JPL). Minggu Paradigma ini turut di sertai oleh semua pelajar Sesi 2/2021 iaitu seramai 82 orang kerana batch pelajar ini tidak dapat menghadiri Minggu Paradigma yang lepas berikutan penularan wabak Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Program MIPAR ini juga turut dibantu oleh 20 orang fasilitator dikalangan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pegawai IKBN Peretak yang sangat komited melaksanakan tugasan masing-masing.

 

Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan IKBN dengan lebih dekat dan membantu para pelajar menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan dan pembelajaran serta berinteraksi secara positif di IKBN. Sepanjang 6 hari 5 malam program berlangsung, para pelajar telah mengikuti pengisian aktiviti seperti Ice Breaking, Latihan Dalam Kumpulan, Taklimat CPKK, Taklimat HEP & Displin, Dewan Makan/Asrama, Taklimat Jabatan, Ceramah AADK, Modul Pekerti (LPPKN), Showcase Of Talent, Khidmat Masyarakat, Muhasabah Diri, Program Keusahawanan & Kemahiran, Sukaneka & Explorace. Rata-rata pelajar telah memberikan maklumbalas yang sangat positif ke atas aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh Minggu Paradigma.

 

Pada hari ini juga telah berlangsung Majlis Penutupan Minggu Paradigma Pelajar (MIPAR) yang disempurnakan oleh En. Shahdan Bin Zainal, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, IKBN Peretak yang mana intipati amanat yang disampaikan adalah menasihati para pelajar agar sentiasa menumpukan perhatian kepada pembelajaran dengan lebih teratur dan bersistematik dengan panduan dari pengajar atau pegawai Institut.

 

Adalah diharapkan Minggu Paradigma ini dapat membantu pelajar baru menyesuaikan diri dengan persekitaran IKBN Peretak dan menjiwai setiap visi dan misi IKBN Peretak khasnya dan Kementerian Belia dan Sukan amnya.

 

Disediakan oleh : Puan Fazila binti Ramli

Disunting oleh : Puan Azini binti Ismail

Read 1120 times Last modified on Isnin, 14 March 2022 17:41