Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 14 March 2022 17:55

SAMBUTAN HARI WANITA 2022 PERINGKAT IKBN PERETAK BERTEMAKAN 'SAKSAMA BERSAMA'

Written by
Rate this item
(0 votes)

8hb Mac 2022 (Selasa), bersempena Hari Wanita Sedunia 2022 yang bertemakan Saksama Bersama, IKBN Peretak tidak ketinggalan turut bersama-sama meraikan hari yang bermakna ini.

Sambutan peringkat IKBN Peretak kali ini melibatkan aktiviti-aktiviti seperti demonstrasi makeup, seni henna dan manicure yang melibatkan para pelajar dan pegawai wanita.

Selari dengan tema 'Saksama Bersama' program kali ini mengajak agar peserta menyedari bahawa kecantikan itu subjektif kerana setiap wanita dilahirkan cantik dan mempunyai keistimewaan sendiri.

Kecantikan akan terserlah apabila wanita yakin dan selesa dengan diri sendiri. Wanita yang mempunyai keyakinan tinggi terhadap diri mereka sendiri akan membentuk personaliti yang jitu dan dapat bersaing secara saksama sekaligus menjadi penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat yang penyayang.

Read 1320 times