Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 18 March 2022 15:09

PRPGRAM MINGGU KESEDARAN KESELAMATAN & KESIHATAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

11 Mac 2022 – Program Minggu Kesedaran Keselamatan & Kesihatan bagi sesi 1/2022 telah diadakan bermula 9 hingga 11 Mac 2022 bertempat di Auditorium, IKBN Peretak. Program ini melibatkan seramai 7 orang pegawai dan 109 pelajar terdiri daripada Jabatan Tekstil, Jabatan Personal dan Jabatan Hospitaliti. Program ini disampaikan oleh penceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja (JKKP), Jabatan Penjara, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Bomba & Penyelamat serta Pusat Darah Negara.

Program ini juga telah memberi pelajaran kepada pelajar dalam pengurusan emosi & stress, teknik balutan & CPR, teknik memindahkan mangsa, dan teknik melawan kebakaran. Objektif program ini adalah bagi memenuhi kriteria pembelajaran modul keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta subjek Core Abilities, disamping memberi kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan kepada pelajar baru kemasukan dan menjadi panduan dan amalan sepanjang pelajar menjalani latihan di institut.

Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang program.

Read 1014 times