Objektif kunjungan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa kerjasama yang boleh dan bakal dilaksanakan oleh pihak Scholar’s Suite bersama pihak Institut. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan penempatan pelajar latihan industri, Latihan Sangkutan Industri (LSI) tenaga pengajar dan beberapa lagi program lain yang bakal mendatangkan situasi menang-menang untuk kedua-dua belah pihak.
Sejurus perbincangan dilaksanakan di bilik perbincangan Bahgaian Hal Ehwal Pelajar, kunjungan diteruskan dengan pihak Scholar’s Suites melawat Jabatan Hospitaliti yang melibatkan Coffee Bar & Snacks, The Glass, bengkel bidang Penyajian, Penyediaan Pastri, Penyediaan Roti dan Penyediaan Makanan. Hasil perbincangan pada hari ini, beberapa kata sepakat telah dicapai antara kedua institusi. Semoga keputusan yang dicapai dapat memberikan suatu impak positif terutamanya kepada pelajar institut.