Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 28 March 2022 15:02

PROGRAM SMART SESI 1/2022 (SUKSES, MATANG, AKTIF, RASIONAL DAN TANGGUNGJAWAB)

Written by
Rate this item
(0 votes)

23 Mac 2022 (Rabu) – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Program SMART Sesi 1/2022 (Sukses, Matang, Aktif, Rasional dan Tanggungjawab).

Objektif program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua peserta bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta kesedaran tentang bahayanya dadah dan cara menjalani hidup yang positif bagi melahirkan belia bebas daripada gejala najis dadah.

Program ini telah dilaksanakan di Santuari Ikan Sungai Chiling dan disertai oleh  2 orang Pegawai dan 10 pelajar baru dari IKBN Peretak. Turut hadir adalah peserta dari agensi dan jabatan lain disekitar Hulu Selangor.

Program ini telah diselaraskan oleh pihak AADK dengan pengisian program ceramah dan motivasi kepada peserta-peserta yang mengikuti program ini. Peserta juga dipecahkan kepada beberapa kumpulan bagi melaksanakan tugasan secara Lantihan Dalam Kumpulan (LDK) yang diberikan oleh pihak penganjur.

Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Arman bin Nur Anuar Pengarah Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS).

Semoga semua peserta yang terlibat mendapat manfaat daripada program yang telah dapat dilaksanakan oleh pihak AADK.

 

Disediakan oleh : Encik Noraazley bin Mohamed

Read 1062 times