Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 28 March 2022 15:05

KURSUS PENGGUNAAN BLENDSPACE DALAM PdPc

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

24 Mac 2022 (Khamis) - Jabatan Pengajian Umum (JPU) telah menganjurkan ‘Kursus Penggunaan Blendspace dalam PdPc’ menggunakan platform Google Meet melibatkan 21 orang pegawai dan kakitangan IKBN Peretak dari Jabatan Hospitaliti, Jabatan Tekstil, Jabatan Personal, Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Rohaya binti Mamat, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Matlamat utama pelaksanaan kursus ini adalah untuk melahirkan modal insan yang kompeten dan bertaraf global, menguji keberkesanan teknologi dalam PdP di samping merancang dan melaksanakan pengajaran berasaskan teknologi yang lebih mudah difahami.

Para peserta diberi tunjuk ajar mengenai aplikasi Blendspace dan turut diberi peluang untuk mempersembahkan sendiri penggunaan Blendspace pada sesi perkongsian sebelum sesi kursus berakhir. Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada kursus yang telah dilaksanakan serta dapat mengaplikasikanya bukan sahaja di dalam PdPc malah bagi tujuan lain yang lebih teratur dan menjimatkan masa.

Terima kasih dan tahniah diucapkan diatas kerjasama para peserta sepanjang kursus ini dijalankan.

 

Laporan Penuh:

https://anyflip.com/ovfqv/dttl/

Read 1508 times