Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 28 March 2022 15:16

PROGRAM MENGECAT DAN MEMASANG LANGSIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT SUNGAI LUI, HULU LANGAT SELANGOR SEMPENA KOMPONEN KHIDMAT MASYARAKAT (ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA 2022)  DAN PROGRAM KASIH RAMADHAN 1443H)

Written by
Rate this item
(0 votes)

26 Mac 2022 (Sabtu). Sekolah Rendah Agama Rakyat Sungai Lui, Hulu Langat Selangor telah berlangsung program Mengecat dan Memasang Langsir bagi Komponen Khidmat Masyarakat ARPRM dan Program Kasih Ramadhan yang telah diselaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) melibatkan penyertaan seramai 30 pelajar dan 9 pegawai pengiring.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi sumbangan langsir dan aktiviti mengecat kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat Sungai Lui antara sekolah yang terjejas akibat banjir pada tahun lepas. Kain langsir dan cat tersebut telah disumbangkan oleh syarikat DCCU SDN. BHD. sempena program Kasih Ramadhan dan program ARPRM bagi komponen khidmat masyarakat.

Lebih bermakna lagi, kain langsir yang disumbangkan oleh syarikat telah dijahit oleh pelajar-pelajar dari Jabatan Tekstil dan dipantau oleh para pengajar yang berkaliber. Pada program tersebut pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama diberi tugas mengecat dinding pejabat pentadbiran dan tembok sekolah. Kumpulan kedua diberi tugas untuk memasang penyangkut dan langsir di bilik darjah bagi keselesaan pelajar.

Aktiviti ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 3.00 petang dengan semua peserta memberi komitmen yang penuh dalam melaksanakan tugas tersebut.

Semoga dengan adanya program ini, dapat meringankan beban pihak sekolah dalam menceriakan semula persekitaran sekolah disamping memberi nilai kerjasama dan bertanggungjawab pelajar dalam menjalankan aktiviti khidmat masyarakat ini.

 

Disediakan oleh

Cik Nor Haizatul Binti Sabidi

Hal Ehwal Pelajar

Read 1156 times