Majlis dialog ini dimulakan dengan slot penyampaian taklimat oleh ILKBS Zon Tengah dengan dimulakan oleh tuan rumah iaitu IKBN Peretak, IKBN Kuala Langat, IKTBN Dusun Tua dan AKBG. Slot kedua adalah sesi dialog dan sesi soal jawab diantara kaunselor-kaunselor sekolah dan pegawai ILKBS Zon Tengah yang dipengerusikan sendiri oleh Pengarah IKBN Peretak iaitu Pn Normahsyuri binti Md Shariff. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini diakhiri dengan aktiviti lawatan ke bengkel-bengkel Jabatan Teknologi di IKBN Peretak.
Objektif utama pelaksanaan program ini adalah sebagai platform menyalurkan maklumat dan infomasi penawaran bidang kemahiran TVET khususnya di ILKBS kepada pelajar sekolah melalui guru-guru kaunselor sekolah menengah di daerah Hulu Selangor yang hadir.
Program ini mendapat reaksi yang positif daripada peserta yang hadir dengan menyatakan program-program penyaluran maklumat seperti ini memberi pendedahan dalam bidang kemahiran TVET dan boleh disalurkan kepada para pelajar sekolah dengan lebih tepat. Program ini turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Sektor Psikologi dan Kaunseling PPD Hulu Selangor iaitu Encik Ahmad Nizar bin Mat Mor.
Dengan pelaksanaan program ini diharapkan promosi TVET ILKBS mendapat perhatian daripada semua pelajar dan menjadi pilihan utama lepasan pelajar sekolah untuk menyertai ILKBS.
Disediakan oleh : Cawangan Hubungan Industri CHI IKBN Peretak