Program Ihya’ Ramadhan dengan bertemakan Ramadhan Madrasah Menuju Taqwa yang telah disusun oleh Unit Hal Ehwal Islam antaranya Tabung Ihya’ Ramadan adalah bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada warga IKBN Peretak agar dapat turut serta merebut kelebihan dari ganjaran pahala bersempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak dan menginfakkan sebahagian harta yang diperolehi di bulan yang mulia.
Unit Hal Ehwal Islam mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan – Ramadhan Kareem kepada semua warga IKBN Peretak. Semoga program-program yang dirancang menjadi pembakar semangat untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang penuh berkat yang mana umat Islam akan menunaikan salah satu Rukun Islam, berpuasa di Bulan Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan.