Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 04 April 2022 16:56

KURSUS “CUSTOMER SERVICES ENGLISH ESSENTIAL COURSE FOR F&B”

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN Peretak, 1 April 2022 – Kursus “Customer Services English Essential Course for F&B” telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Umum. Kursus ini melibatkan penyertaan pelajar-pelajar Penyajian Semester 3. Kursus ini disampaikan oleh En Hardev Singh Sokhal A/L Jaswant Singh dan Puan Gokillavhani A/P Sathiaseelan.

Objektif utama pelaksanaan kursus ini untuk membimbing pelajar berkomunikasi secara berkesan dengan pelanggan secara bersemuka pada setiap masa. Ini dapat membangunkan keyakinan dalam Berbahasa Inggeris ketika berada di kaunter dalam persekitaran “Restaurant”. Selain itu, kursus ini dapat mengajar pelajar menggunakan bahasa yang positif apabila berhadapan dengan orang dan situasi yang sukar. Perhubungan yang baik dengan pelanggan juga merupakan salah satu objektif bagi kursus ini.

Kursus ini juga selaras dengan visi menjadi hub bidang Hospitaliti di Lembah Klang malah dapat meningkatkan kualiti latihan dan keberkesanan TVET dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran sebenar (Authentic Learning) di “The Glass” sebagai aktiviti “Hands on”.

Para pelajar juga telah diberikan sijil penyertaan kursus dan semoga ilmu yang dipelajari dapat dimafaatkan ketika berada di Latihan Industri dan Industri Hospitaliti nanti.

 

Disediakan oleh : Pn Nurul Asyikin Binti Azhar

Disemak oleh : Pn Gokillavhani A/P Sathiaseelan

Laporan lengkap : https://anyflip.com/ouymj/iyii/

Read 1287 times