Untuk pengetahuan, para pelajar telah dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu, Vendetta Squad, Taskforce, Mastermind, Bravo Crew, The Eternal Kinetic, & Gryffindors. Pasukan ini telah dibahagikan mengikut kumpulan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Kumpulan Vendetta Squad telah diumumkan sebagai juara keseluruhan setelah mengumpul mata tertinggi bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Pihak IKBN Bandar Penawar mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang. Diharap dengan program ini dapat membantu para pelajar terus lebih aktif dan sihat pada masa hadapan.
Disediakan oleh:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Bandar Penawar