Program bermula dengan melihat perkembangan projek ternakan ikan air tawar iaitu ikan tilapia merah dan seterusnya bergerak menuju ke projek tanaman halia dan ternakan kelulut.
Pengarah berminat untuk memajukan kawasan tersebut sebagai pusat rekreasi untuk pelawat dan pelajar sebagai aktiviti utama. Selain itu pembangunan produk hiliran dari projek tersebut juga perlu dikaji bagi penambahan hasil yang boleh dijana.
Lawatan ini begitu bermakna kepada penyelaras projek dengan sokongan pihak pengurusan kepada pembangunan dan daya tahan projek My Future Agro@IKBN Peretak.