Objektif utama pelaksanaan kursus ini adalah untuk memberi latihan dan kemahiran mengenai teknik Urutan Badan Sweedish secara teori dan amali. Adalah diharapkan peserta boleh mempraktikkan latihan dan kemahiran yang dipelajari untuk melakukan urutan badan pada bila-bila masa disamping memberikan punca pendapatan sampingan kepada mereka.
Seramai 20 orang peserta dari kalangan suri rumah, tukang urut sambilan, penjawat awam, alumni IKBN Peretak dan belia setempat telah berjaya menghadiri kursus. Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta juga telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Puan Siti Muhariah binti Untong.
Disediakan oleh : Pn Rosmalinda binti Kamaazaman
Disemak oleh : En Samsu bin Kadir