Istimewa program pada kali ini adalah penyertaan kali kedua Persatuan Alumni IKBN Peretak Baru bersama pegawai dan pelajar. Persatuan alumni telah menyumbang semua bahan mentah dan kepakaran yang diketuai oleh Encik Bakar atau lebih dikenali sebagai 'tok burn' bagi menyediakan bubur lambuk tersebut.
Sebagai penghargaan, Puan Normahsyuri bt Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak bersama Puan Siti Muhariah bt Untong, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan Encik Azwandy bin Anuwar, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar sudi menyampaikan cenderahati kepada alumni yang hadir sebagai kenang-kenangan.