Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 25 April 2022 09:34

PROGRAM INFAQ RAMADAN 2022

Written by
Rate this item
(0 votes)

22 April 2022, Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan Program Infaq Ramadan dengan kerjasama Persatuan Alumni Peretak (Baru) bagi menyalurkan sumbangan keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Program ini merupakan salah satu di bawah Program Ihya Ramadan dan tahun yang keempat pelaksanaanya.

Pada program kali ini, IKBN telah menyumbang barangan tersebut kepada golongan asnaf fakir dan miskin yang telah dikenal pasti di sekitar kawasan Batang Kali (fasa 1) dan Kuala Kubu Bharu (fasa 2). Objektif utama program ini adalah untuk menyantuni dan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan dalam memeriahkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

Melalui inisiatif ini, sebanyak 23 kotak yang mengandungi barang-barang keperluan harian dapur seperti minyak masak, beras, tepung, ketupat mini, uncang teh, gula, garam, bihun, air kordial, sardin dan susu dapat dikumpul hasil sumbangan pegawai dan pelajar IKBN Peretak, Persatuan Alumni Peretak (Baru) serta orang awam. Kutipan yang bermula pada 4 sehingga 21 April 2022 ini telah memberi peluang kepada penyumbang untuk berinfaq bagi merebut peluang gandaan ganjaran oleh Allah s.w.t di sepanjang Ramadan.

Pada agihan fasa 1, seramai 6 orang pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Peretak dan 4 orang pelajar IKBN Peratak telah menyertai agihan bakul infaq dan ziarah kasih.

Ucapan penghargaan terima kasih kepada seluruh warga IKBN Peretak dan penyumbang barangan infaq yang sudi berkongsi rezeki memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk. Tidak lupa juga sumbangan ikhlas berbentuk wang tunai yang telah diterima daripada Persatuan Alumni Peretak (Baru). Semoga program infaq seperti ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

 

 

Read 976 times