Program ini diceriakan lagi dengan kehadiran Puan Normahsyuri Binti Md. Shariff, Pengarah IKBN Peretak dan Puan Siti Muhariah Binti Untong, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Peretak yang sudi menyantuni serta menyampaikan sumbangan barang keperluan asas kepada penerima yang terpilih di sekitar Kuala Kubu Bharu.
Program ini turut disertai oleh Encik Shahdan bin Zainal, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar dan 2 orang pegawai dari Hal Ehwal Pelajar.