Print this page
Rabu, 27 April 2022 10:49

BUFET RAMADAN THE GLASS, IKBN PERETAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

26 April 2022 (Selasa) - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak sekali lagi telah berjaya menjayakan program Bufet Ramadan anjuran Jabatan Hospitaliti.  Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara IKBN Peretak dan masyarakat setempat di samping dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di IKBN Peretak. 

Sambutan juga amat menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat di mana semua tarikh yang dicadangkan iaitu pada 7, 14, 21 dan 26 April 2022 telah penuh ditempah sebaik sahaja iklan dan promosi disiarkan di media sosial.  Istimewanya program Bufet Ramadan yang diadakan ini, pengunjung dapat menikmati lebih daripada 20 jenis menu yang dihidangkan. Semua menu ini merupakan hasil air tangan pengajar dan pelajar dari Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak sendiri. 

Dengan sokongan yang memberangsangkan dari semua pihak, diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Read 1110 times