Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 29 April 2022 11:02

MAJLIS KHATAM AL-QURAN IKBN PERETAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

27 April 2022 (Rabu) – Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Surau Nur Salam, IKBN Peretak.

Majlis ini merupakan lanjutan daripada Program Ihya’ Ramadan bagi tahun 1443H/2022M sebagai acara tahunan IKBN Peretak sepanjang bulan Ramadan. Antara pengisian utama sepanjang Ramadan ini ialah Pelancaran Program Ihya’ Ramadan, Tabung Ihya’ Ramadan, Program Tadarus Pegawai Serta Pelajar, Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk, Ceramah Nuzul Al-Quran dengan Kerjasama YADIM, Kempen Menutup Aurat, Solat Tarawih Dan Witir Berjemaah, Solat Dhuha Berjemaah pada setiap hari Jumaat, Munajat Ramadan, Program Infaq Bakul Kasih Ramadan.

 

Tujuan diadakan Majlis Khatam ini adalah untuk meraih keberkatan dan syafaat Al-Quran dengan membanyakkan pembacaan Al-Quran, sebagai tanda aktiviti tadarus iaitu membaca 30 juzuk telah sempurna dilaksanakan dan menggandakan amal ibadat dengan membaca Al-Quran dalam keadaan berpuasa di bulan Ramadan.

 

Turut serta di dalam Majlis Khatam ini adalah Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri binti Md Shariff bersama Puan Siti Muhariah Binti Untong, Timbalan Pengarah Latihan IKBN Peretak, Encik Azwandy Bin Anuwar, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, dan Encik Shahdan bin Zainal, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Shahrul Iman bin Hasuana bermula dari Surah Adh-Dhuha sehingga Surah An-Nas dengan penglibatan seramai 30 orang pegawai dan kakitangan serta 326 orang pelajar IKBN Peretak.

 

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Puan Pengarah IKBN Peretak dan seterusnya penyampaian duit raya kepada anak yatim dan asnaf IKBN Peretak, Sumbangan Bakul Kasih kepada pegawai serta kakitangan IKBN Peretak seramai 10 orang, Cenderahati kepada Imam Bilal Ramadan yang terdiri daripada kalangan Pelajar dan Cenderahati kepada Peserta-peserta Tadarus Pegawai dan Pelajar IKBN Peretak. Semua sumbangan dan cenderahati telah disempurnakan oleh Puan Pengarah IKBN Peretak.

 

Semoga dengan sumbangan dan cenderahati yang dihulurkan dapat membantu meringankan beban serta memberi sinar bagi persiapan Aidilfitri yang bakal umat Islam sambut tidak lama lagi.

Read 914 times