Temasya Sukan Sea Vietnam ini akan berlangsung pada 12 Mei hingga 15 Mei 2022 yang melibatkan 40 jenis sukan merangkumi 870 org atlet jurulatih, pegawai dan urusetia kontinjen dan dilaksanakan secara gelembung sukan (sport bubble).
Sepanjang 3 hari program ini dijalankan, ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua Kontinjen Malaysia seperti jurulatih, pegawai pengiring serta atlet Malaysia seperti sukan silat, judo, karate, bowling serta olahraga. Kita juga berbangga kerana Penerjun Negara iaitu Nur Dhabitah binti Sabri dan Atlet Paralimpik iaitu Muhammad Ziyad bin Zolkefli turut mendapatkan perkhidmatan penjagaan kuku (manicure) dan gunting rambut dari Jurusan Terapi Kecantikan dan Perekaan Gaya Rambut.