Objektif Mesyuarat Kerja Bengkel ini diadakan adalah untuk : -
- Menyiapkan dokumentasi Pelan Mengajar, Course Outline dan tempoh pengajaran bagi subjek umum iaitu Teknologi Maklumat 1, Teknologi Maklumat 2, Sains Pemakanan 1 dan Sains Pemakanan 2 yang diperlukan pihak ILKBS untuk tujuan pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi memenuhi jumlah jam dalam Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA);
- Menyeragamkan sembilan (9) WIM subjek umum yang digunapakai oleh ILKBS yang menawarkan kursus pentauliahan baru COPTPA;
- Menambahbaik dan memurnikan WIM dan struktur kurikulum dalam Bahasa Inggeris berdasarkan NOSS dan memenuhi Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK);
- Menyeragamkan Struktur Kurikulum yang digunapakai oleh setiap ILKBS yang menawarkan bidang kursus yang sama;
- Membangunkan dan memurnikan format Penilaian Kerja Kursus (PKK) yang diperlukan pihak ILKBS untuk tujuan pentauliahan / persijilan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK); dan
- Pembangunan Template CGPA Berasaskan COPTPA ILKBS 2022.
Perjalanan bengkel dan Sesi Pra-pembentangan oleh ketua ahli kumpulan mengikut bidang serta Mesyuarat Penutup telah di pengerusikan oleh Puan Normahsyuri Binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Puan Siti Muhariah Binti Untong. Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah memberi kerjasama yang baik sepanjang program.
Teks & Gambar disediakan oleh :
En. Zarol Amin Bin Zali
Disemak oleh:
En. Samsu Bin Kadir
CPKK IKBN Peretak.