Lawatan yang disambut baik oleh pihak industri Johny’s Restaurant dan Black Canyon ini adalah bertujuan untuk memantau dan membuat penilaian awal pihak institusi terhadap industri yang bakal menempatkan pelajar-pelajar latihan industri dalam bidang hospitaliti. Sepanjang lawatan verifikasi yang dilaksanakan, selain lawatan fizikal ke seksyen yang berkenaan, pihak institusi juga telah dijelaskan secara terperinci oleh pihak industri berkenaan proses kerja yang bakal dilakukan oleh pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan industri nanti.
Laporan disediakan oleh : Cawangan Hubungan Industri, IKBN Peretak.