Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 27 May 2022 17:47

PROGRAM VISITING LECTURER SIRI 2/2022 PERINGKAT IKBN PERETAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

IKBN PERETAK, 21 Mei 2022 (Sabtu) – Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Peretak telah melaksanakan Program Visiting Lecturer siri 2 bagi tahun 2022 bersama industri bidang hospitaliti iaitu DCCU Sdn. Bhd bertempat di Sungai Buloh, Selangor. Program Visiting Lecturer yang berjalan selama satu hari ini telah dihadiri oleh seramai 23 orang pelajar jurusan penyediaan makanan semester 4 dan diiringi oleh 2 orang pegawai.

 

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal akan pengetahuan suasana dan teknologi terkini di industri. Selain itu, ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar latihan industri kepada situasi kerja sebenar dan menambah pengetahuan berkenaan operasi khususnya bidang hospitaliti serta perkongsian ilmu kepada pelajar yang disampaikan sendiri oleh tenaga pakar di industri.

 

Laporan disediakan oleh : Cawangan Hubungan Industri, IKBN Peretak

Read 832 times