Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 27 May 2022 17:49

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022 PERINGKAT IKBN PERETAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN PERETAK, 26 Mei 2022 (Khamis) - Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 Peringkat IKBN Peretak bertempat di Dewan DAHA, IKBN Peretak yang dirasmikan oleh Puan Pengarah, Normahsyuri Binti Md.Shariff.

Sambutan raya kali ini disambut meriahdengan kesungguhan pegawai dan pelajar menyediakan photo booth dan hiasan gerai makanan setelah dua tahun tiada sambuatan Hari Raya akibat kekangan pendemik covid-19 dengan pematuhan SOP majlis.

Disamping itu, pertandingan gerai terbaik, pertandingan lagu raya oleh pelajar bagi setiap jurusan serta pertandingan King & Queen kategori Pegawai dan Pelajar turut diadakan bagi memeriahkan majlis serta menceriakan suasana hari raya. Sebanyak enam gerai telah bertanding bagi pertandingan gerai tercantik dan sebelas penyertaan dari pelajar bagi pertandingan lagu raya oleh pelajar bagi setiap jurusan.

Penganjuran majlis Jamuan Hari Raya seperti ini dapat mengeratkan hubungan yang lebih baik serta meningkatkan semangat kerjasama berpasukan di kalangan pegawai kakitangan dan pelajar IKBN Peretak.

Read 971 times