Objektif Bengkel ini diadakan adalah untuk : -
- Menyiapkan dokumentasi Pelan Mengajar, Course Outline dan tempoh pengajaran bagi subjek umum (Keusahawanan Digital) yang diperlukan pihak ILKBS untuk tujuan pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi memenuhi jumlah jam dalam Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA);
- Menyeragamkan sembilan (9) WIM subjek umum yang digunapakai oleh ILKBS yang menawarkan kursus pentauliahan baru COPTPA;
- Menambahbaik dan memurnikan WIM dan kertas kerja (WS) dalam Bahasa Inggeris dan;
- Memurnikan format Penilaian Kerja Kursus (PKK) yang diperlukan pihak ILKBS untuk tujuan pentauliahan / persijilan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Perbincangan penyelarasan pelaksanaan peperiksaan subjek Keusahawanan Digital diadakan secara dalam talian di antara Unit Keusahawanan Pn. Hannita binti Mohd Salleh (PPK), En. Rominor bin Ahmad (PPLK) bersama Unit Kurikulum En. Mohamed Syahrani bin Mat Nor (KPK) dan Unit Pentauliahan En. Mohd Yusfarizal bin Che Mohd Yusoff (KPK) Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan BPKB KBS.
Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah memberi kerjasama yang terbaik sepanjang program.
Teks & gambar disediakan oleh,
Zarol Amin bin Zali
CPKK IKBN Peretak
Disemak oleh,
Rominor bin Ahmad
BPKB KBS