Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 01 July 2022 17:01

PROGRAM PENANDAARASAN BAGI AKREDITASI MBIT PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI TEKSTIL DAN PAKAIAN UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

28 JUN 2022: IKBN Peretak. Program Penandaarasan bagi Akreditasi MBOT Program Diploma Teknologi Tekstil dan Pakaian UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah disertai oleh 3 orang pensyarah Fakulti Sains Gunaan dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan iaitu Pn. Suraya binti Ahmad Suhaimi (Koordinator Program), Ts. Dr. Atiyyah binti Hj Musa (Pensyarah Kanan) dan Ts. Dr. Mohammad Harris bin M. Yahya (Pensyarah Kanan).  Ketibaan disambut sendiri oleh pn pengarah Pn. Normahsyuri binti Mohd Shariff dan Ketua Jabatan Tekstil Pn. Rofizah Binti Ibrahim.  Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada pn.  pengarah, disertai  tayangan video korporat IKBN Peretak, taklimat dari Ketua Jabatan Tekstil, sesi perbincangan dan sesi lawatan bagi memperlihatkan fasiliti dan kemudahan latihan yang disediakan kepada para pelajar di Jabatan Tekstil. 

Lawatan melibatkan Butik Cindai, Bengkel Jahitan, Bengkel Inkubator, Bengkel Sulamam Berkomputer dan Makmal komputer.  Selain lawatan, Jabatan Tekstil juga turut membuat demostrasi penggunaan software Sulaman Berkomputer, Penghasilan Produk Sulaman Berkomputer, software TUKAcad dan TUKAmark kepada pensyarah-pensyarah tersebut.  Program dimulakan pada pukul 11.00 pagi dan tamat pada pukul 3.00 petang.  Diharap program ini dapat mencapai objektif dan kerjasama lanjut dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

Read 1025 times