29 Jun 2022 (Rabu) Kuala Kubu Bharu - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah melaksanakan temuduga secara atas talian bagi calon-calon Diploma Teknologi Tekstil (Rekaan Fesyen) bagi Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2/2022. Seramai 17 calon diploma telah ditemuduga dari 22 calon yang memohon untuk sesi Fasa 1 kali ini. Antara panel penemuduga yang terlibat ialah dari Jabatan Tekstil iaitu Pn. Nani Sharezan binti Mohamad Nor, Cik Nur Inani Izzati binti Mohd Sharif , Pn. Sharifah Khairani binti Shaari dan Pn. Norazlina binti Nasron serta pegawai dari Cawangan Penyelarasan Kawalan dan Kualiti iaitu En.Zarol Amin bin Zali.