Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 01 July 2022 17:07

PROGRAM PEMBANGUNAN KEPAKARAN & LATIHAN SEMULA TENAGA PENGAJAR TVET 2022-KURSUS ADVANCE JUBAH KONVOKESYEN

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

IKBN Peretak, 01 Julai 2022 (Jumaat) - Jahitan Pakaian Lelaki telah mengadakan Program Pembangunan Kepakaran & Latihan Semula Tenaga Pengajar TVET 2022-Kursus Advance Jubah Konvokesyen selama 5 hari bermula 27 Jun hingga 01 Julai 2022. Kursus ini telah melibatkan seramai 8 orang pengajar ILKBS, iaitu 3 orang daripada IKBN Peretak, 2 orang IKBN Wakaf Tapai dan 3 orang daripada IKBN Tanah Merah bersama 2 pengajar jemputan iaitu Encik Azlan bin Abd Karim daripada Syarikat Binqarem dan Encik Hafizz bin Rusuki daripada Ranting Studio.

 

Objektif program adalah untuk mengetahui keperluan jahitan juga teknik penghasilan Jubah Konvokesyen serta memantapkan pengukuhan kemahiran Tenaga Pengajar di ILKBS. Spenjang kursus, para peserta telah mempelajari proses rekaan, lakaran pola, proses memotong fabrik songket, teknik jahitan, teknik hiasan/detailing yang sesuai, dan proses jahitan lining.

 

Sesi penutupan kursus telah disempurnakan oleh Puan Siti Muhariah binti Untong, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Peretak serta turut dihadiri oleh Pegawai Bahagian Pengurusan Latihan dan Cawangan Hubungan Industri IKBN Peretak.

 

Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan.

Read 732 times