Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 06 July 2022 09:26

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (KPO) PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

3 Julai 2022 (Ahad), Ulu Bernam – Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Peretak telah menghantar lima (5) orang pelajar mewakili Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), IKBN Peretak bagi mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor bermula dari 2 hingga 3 Julai 2022 bertempat di Teratak Bernam Riverview, Tanjung Malim, Perak.

 

Program ini telah dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Negeri Selangor dengan kerjasama Unit Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Peretak.

 

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk membimbing serta mendidik pelajar atau pemimpin melaksanakan aktiviti dengan lebih teratur dan bersistematik dengan panduan dari pengajar atau pegawai Institut.

 

Sepanjang dua (2) hari berkursus, para peserta telah mempelajari modul-modul seperti Suai Kenal dan Pembentukan Kumpulan, Pendaftaran & Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Cabaran Pasukan (Explorace), Simulasi Mesyuarat, Penulisan & Dokumentasi, pelaporan dan penilaian program yang di sampaikan oleh penceramah yang dijemput oleh pihak penganjur iaitu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

 

Semoga dengan adanya kursus KPO ini, barisan MT Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Peretak atau pemimpin-pemimpin lain khususnya dapat melaksanakan aktiviti dan amanah yang diberikan dengan baik pada masa hadapan.

 

Disediakan oleh : Pn. Azini binti Ismail

Disunting oleh: En. Shahdan bin Zainal

Read 698 times