Karnival yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini didahului dengan acara perarakan masuk semua kontinjen di Astaka Padang Bola Sepak. Sebanyak 5 kontinjen dari daerah Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan hadir untuk menyertai acara sukan seperti bola sepak, bola jaring, sepak takraw dan menyumpit.
Selain menyediakan fasiliti sukan untuk acara yang dipertandingkan, IKBN Peretak juga turut diberi peluang untuk mengadakan pameran pendidikan serta jualan yang disertai oleh Jabatan Hospitaliti iaitu Jurusan Penyediaan Roti yang membuat jualan makanan manakala Jurusan Penyajian pula, membuat jualan minuman.
Sebanyak 13 agensi dan syarikat yang menyertai pameran kerjaya pada karnival ini seperti Gimme4fingers Malaysia, 7 Eleven Malaysia, McDonalds Malaysia, Resort Villa Golf Course Berhad dan banyak lagi.
Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri Binti Md Shariff turut meluangkan masa menghadiri Majlis Penutup Karnival yang disempurnakan oleh Encik Mohamad Anis Bin Othman, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.