Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 19 July 2022 14:47

LAWATAN PENANDAARASAN PENGURUSAN PEJABAT OLEH POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)

Written by
Rate this item
(0 votes)

14 Julai 2022 (Khamis), IKBN Peretak –Pihak institut telah menerima kunjungan daripada 11 orang pegawai dan kakitangan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bagi tujuan membuat lawatan penandaarasan pengurusan pejabat di IKBN Peretak.

Lawatan penandaarasan adalah bertujuan menanda aras amalan pengurusan pejabat di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Skop penandaaras yang terlibat ialah pengurusan fail dan rekod jabatan, pengurusan rumah kerajaan jabatan, pengurusan kunci keselamatan jabatan dan pengurusan rekod kenderaan jabatan yang dipraktikkan di IKBN Peretak.

Diharapkan lawatan PSIS ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua pihak terlibat.

 

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

IKBN Peretak

Read 965 times