Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 19 July 2022 14:49

PROGRAM PEMBANGUNAN KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IKBN PERETAK SESI 2022/2023

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

16 Julai 2022 | Batang Kali, Selangor. Seramai 20 orang pelajar terdiri daripada Pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Peretak Sesi 2022/2023 telah menyertai Program Pembangunan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Peretak pada hari ini bertempat di Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor. Kursus anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga  5.00 petang.

Objektif utama penganjuran kursus adalah untuk melatih dan membentuk sahsiah serta sifat kepimpinan dalam diri setiap peserta disamping mengasah kemahiran kepimpinan serta kemahiran lain yang bersesuaian dalam diri peserta sebagai seorang pemimpin pelajar di IKBN Peretak. Ia juga dijayakan bagi melahirkan dan membentuk semangat kerjasama sebagai sebuah kumpulan pemimpin pelajar yang  berwibawa dan bersatu hati.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung adalah Taklimat Program, Ice Breaking dan Pembentukan Pasukan, Pemimpin dan Kepimpinan (Brainstorming), Video Kepimpinan, Leadership Games 1 – Ketangkasan & STW Beyond Rope, Leadership Games 2 – Blind Dragon Snake Leader, Perbincangan 10 Ciri Pemimpin Berjaya. Explorace Orienteering, Solat Zohor Berjemaah dan Combat Archery – Strategic Game/ Trust and Influencing Leader yang telah dikendalikan oleh Cikgu Dali, Cikgu Ariff, Jurulatih Pn. Suhaili dan En. Ehaq dapat memberi impak kepada barisan MPP IKBN Peretak. Selain itu ia juga dapat membantu pelajar dalam membentuk disiplin diri sebagai seorang pemimpin terutama dalam aspek penjagaan masa belajar dan di luar waktu belajar serta memupuk nilai-nilai murni sebagai seorang pemimpin.

Pemimpin juga perlu mempunyai wawasan yang jelas bermaksud kemampuan berfikir dalam pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif serta mampu menterjemahkan atau memperhalusi sesuatu yang abstrak kepada yang nyata. Manakala dalam pasukan, pemimpin perlulah berhati-hati dengan Ring Leader (orang yang cuba mempengaruhi pengikut lain menentang segala rancangan yang telah diatur oleh pemimpin), Ring Leader berkarakter Blaming (menyalahkan orang lain) Karakter Abusive (menyakitkan hati) dan karakter Dispensive (bersungut). 

Majlis penutup program telah dirasmikan oleh En. Azwandy bin Anuwar, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar pada jam 4.00 petang di Kem Rimba Tamu, Batang Kali.  Diharapkan program ini menjadi satu batu asas kepada semua pimpinan pelajar ini untuk lebih bersemangat dan berusaha menjadi pemimpin yang berkualiti dan contoh kepada para pelajar lain apabila memulakan tugas nanti.

 

Disediakan oleh :

Unit Kerjaya dan Kaunseling IKBN Peretak

 

 

Read 819 times