Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 19 July 2022 14:52

KURSUS SOFTWARE POLA DI BAWAH PROGRAM AKAUN AMANAH LATIHAN KHAS 2022

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

17 Julai 2022 (Ahad), IKBN Peretak- Jurusan Diploma Teknologi Fesyen telah berjaya melaksanakan Kursus Software Pola di bawah Program Akaun Amanah Latihan Khas 2022 bertempat di Makmal Komputer DKM 2 di Jabatan Tekstil, IKBN Peretak. Kursus yang berlangsung selama dua hari bermula 16 dan 17Julai 2022 ini telah disertai seramai 15 org peserta. Kursus ini telah di kendalikan oleh Pn.Rofizah Binti Ibrahim selaku Ketua Jabatan Tekstil di IKBN Peretak.

Kursus Software Pola adalah bertujuan memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penghasilan rekaan dan manipulasi pola menggunakan software. Semasa kursus ini, peserta dapat mengetahui kaedah dan teknik-teknik penghasilan rekaan dan manipulasi pola menggunakan software. Selain itu, peserta juga dapat mengaplikasikan teknik dalam penghasilan rekaan dan manipulasi pola menggunakan software.

Kursus ini telah berjalan lancar dan peserta telah berjaya menghasilkan pelbagai rekaan dan manipulasi pola menggunakan software mengikut kehendak NOSS. Semoga ilmu kemahiran yang telah dipelajari oleh peserta ini dapat membantu meningkatkan kerjaya mereka di masa hadapan.

 

Disediakan oleh,

Cik Nur Inani Izzati Binti Mohd Shariff (Jabatan Tekstil)

Read 977 times